Bengkel Pengarahan Filem dan drama TV bermula 10 hingga 14 November 2008 ini dianjurkan oleh FINAS bertempat di FINAS. Para peserta kebanyakannya dari badan-badan penyiaran seluruh Malaysia dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang yang agak mencabar ini. En. Adman Salleh, seorang pengarah berkaliber yang pernah terkenal melalui filem Paloh dan filem-filem lain di tanah air telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Sepanjang kursus selama 5 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam pembuatan filem terutamanya falsafah pembuatan filem. Mari kita lihat gambar-gambar mereka...